Monday 5 January 2015

Keputusan FA Cup - Arsenal vs Hull City




Kemenangan 2-0 keatas Hull City awal pagi tadi seolah-olah ulangan perlawanan akhir tahun lepas cuma kali ini skuad Arsenal banyak menampilkan muka baru.



Permainan yang ditunjukkan cuma menarik pada separuh masa pertama sahaja...masuk ke babak kedua pemainan sedikit hambar dan Arsenal seolah-olah terlalu selesa dengan dengan jaringan 1-0 ketika itu sebelum Sanchez menambah gol pada minit ke-82.

Tandukan Per pada minit ke-20 meletakkkan Arsenal didepan. Theo masih lagi mencari rentak permainan selepas kecederaan dan berehat panjang.

Seterusnya..aku menantikan siapakah pemain baru Arsenal yang akan dibawa masuk oleh Arsene Wenger.




No comments:

Post a Comment