Monday 5 January 2015

Keputusan FA Cup - Arsenal vs Hull City




Kemenangan 2-0 keatas Hull City awal pagi tadi seolah-olah ulangan perlawanan akhir tahun lepas cuma kali ini skuad Arsenal banyak menampilkan muka baru.



Permainan yang ditunjukkan cuma menarik pada separuh masa pertama sahaja...masuk ke babak kedua pemainan sedikit hambar dan Arsenal seolah-olah terlalu selesa dengan dengan jaringan 1-0 ketika itu sebelum Sanchez menambah gol pada minit ke-82.

Tandukan Per pada minit ke-20 meletakkkan Arsenal didepan. Theo masih lagi mencari rentak permainan selepas kecederaan dan berehat panjang.

Seterusnya..aku menantikan siapakah pemain baru Arsenal yang akan dibawa masuk oleh Arsene Wenger.




Podolski ke Inter


Akhirnya Podolski berpindah juga....sedih tapi jika dilihat dari sudut positif.. Podolski melakukan yang terbaik untuk dirinya...

Keinginan beliau untuk terus bermain dan bukannya berada dibangku simpanan....
Sikap positif yang ditunjukkan oleh Poldi. Aku sebenarnya amat menyukai gaya dan rembatan beliau namun .... aku tidak pasti mengapa Arsene Wenger tidak menggunakan beliau dalam skuad utama.

Podolski menyertai Arsenal pada tahun 2012 dari kelab Cologne telah menjaringkan 31 gol daripada 82 penampilan. Bersama Inter - Poldi akan bermain dibawah kendalian Roberto Mancini yang kini berada ditangga ke - 11 siri A, 18 mata ketinggalan daripada Juvetus (pendahulu liga).




I can't express in words my gratitude towards Arsenal fans for all they have done for me in my years in London! Please know my heart always holds a place for you. I've loved every minute playing for Arsenal & I hope I have left my mark on the club & fans alike. Hopefully we shall meet again! COYG #AFC #RedArmy #Fans #Poldi #Gunner #Thanks



Selamat Maju Jaya Podolski!

Saturday 3 January 2015

Oh My Waja....

Gambar hiasan

Hampir 3 bulan kereta aku tidak bergerak.
Kekurangan wang terpaksa aku merehatkan seketika kereta kesayangan aku ini.

Hari ini....aku bertekad untuk membaikinya....
Masalah sekarang kereta tidak dapat dihidupkan.....


Mujur eTiQa Insurance ada...perkhidmatan towing percuma untuk coverange 50km.

Apa lagi...telefon dan settel.
Sekarang menunggu apa respon mekanik pulak...apa rosak? Berapa pulak RM hangus..???



Friday 2 January 2015

Southampton 2 - 0 Arsenal


Kekalahan yang mengecewakan pada permulaan tahun baru.

Apa lagi yang boleh dikatakan....
Barisan pertahan yang terlalu lemah dan Wojciech Szczesny pula melakukan 2 kesilapan dengan membenarkan 2 gol dijaringkan oleh Southampton.

Senarai pemain-pemain yang cedera Arsenal.


Dengan status ANY DAY ...pertembungan seterusnya pasti akan ada perubahan dalam kesebelasan utama Arsenal. Dengan AW menyatakan OSPINA akan diturunkan adah ini...manakala Podolski kemungkinan tiada dalam senarai pemain dalam perlawanan Isnin ini menentang Hull City bagi saingan Piala FA.

#COYG



Thursday 1 January 2015

Tahun Baru...2015

Kini masuk ke tahun baru 2015.

Planning kewangan bermula....biar lambat skit....janji ada..hehe.

Aku berkira-kira untuk menyimpan atau melabur dalam emas.....



Apa bentuk emas yang patut aku invest?

Barang kemas ? atau Gold Bar / Dinar / Coins ?

Product dan syarikat juga perlu diambil kira...